Monday, November 24, 2008

buta~~

buta....
siapa yang buta sebenarnya??
hati atau akal?
jiwa atau minda?
siapa yang membutakan siapa?
salah siapa?
bila gagal memilih intan antara kaca?
manusia sering tegar...
angkuh untuk menyatakan salah sendiri..
ibarat baling batu sorok tangan..
bagai lembu punya susu sapi dapat nama
sering menyalahkan keadaan..
sering mencari alasan..
agar dapat melepaskan diri dari belengu kebuntuan..
akhirnya..
yang menjadi mangsa adalah keadaan..
sedangkan
manusia itu sendiri yang mewujudkan keadaan sedemikian..


buta....
begitu juga dengan cinta...
manusia sering bilang..
cinta itu buta..
dan juga boleh membutakan..
namun
akan hakikat nya..
cinta itu datang nya dari mana??
turun nya dari mana??
lahir nya dari mana??
kalau bukan dari perasaan..
yang dikarang
yang dikait
yang disemai
oleh manusia itu sendiri?!
oleh itu..
siapa yang buta?
cinta itukah yang buta?
atau manusia itu sendiri kah yang buta??

buta....
mana mungkin bisa cinta itu buta..
walhal sebenarnya
manusia itu sendiri yang buta
leka di ulit gembira..
terawang awang..
di buai mimpi-mimpi indah..
hanyut dengan angan-angan sendiri..


manusia....
jangan kau salah kan keadaan
kerana gagal memiliki cinta
jangan kau salah kan cinta
konon nya membuta kan minda
salah kan diri sendiri
kerana terlalu leka
kerana terlalu asyik
dalam dunia khayalan fana


namun....
jangan kerana hampa oleh cinta..
jangan kerana ingin menutup pintu sengketa..
tertutup terus pintu kebahgiaan..
mungkin..
kau belum temui..
intan yang paling menyerlah antara delima
permata yang tercantik antara manikam
jangan dek kerana nila setitik..
rosak susu sebelanga..
jangan kerana cinta tak berputik..
hilang kegembiraan selamanya..


4 comments:

SyapaDoNut said...

x ape..
jangan buta hati sudey. wink2

--owh anak suhaimi sungguh mecet

aliaaz said...

ececeh.
pergghhhh

Miss R said...

;p malu la i

SyapaDoNut said...

ali,
ko cece dkat aku ke posh?
--prasan..ghaha

two halves of the same whole

two halves of the same whole

kami BERSEPAH tapi kami tetap 505bedas :D

kami BERSEPAH tapi kami tetap 505bedas :D