next 2weeks i have kursus induksi sistem saraan malaysia-KISSM
and 1st december i have *most probably-since there's been lotsa issue about this stuff* SPP interview (SPP-suruhanjaya perkhidmatan pelajaran)
as for KISSM i have 4 assignments to do..2 individual essays and 2 group tasks..all in Malay..
it's quite hard for us since it had been almost 4-5 years we haven't write essays in Malay...
i'm afraid the grammar *tatabahasa* all would be upside down and BM grammar rules change every second the people in DBP change...seriously...
and for SPP interview...INTERVIEW!!!!!my last interview was before i entered IPBA~
for the selection of course...and BPG interview was my luckiest interview ever..
because i never have any luck with interview..and always screw my interview..
i still remember..when i was in form 3..
i had an interview with cikgu R for the PPS-librarian selection..and it was in pairs..
and the thing about me..sometimes..when i'm too nervous..i would have the tendency to speed-talking and couldn't help myself from talking too much~ T_T
and that's what happened~~~~~ -_-"
so..as for this interview...i have to prepare myself with all the current news~
i hate reading newspapers...for certain reasons...
not mainly because i hate reading..
i love reading..but lately i prefer watching than reading....
i mean..watch dramas and tv series~ :D
and today..since i'm not going anywhere...most probably too...hahah..never know when impulsiveness is going to strike me~ :P
so i decided to read something educational..and maybe try to read notes for my KISSM assignments...
again...
kita merancang..Allah yg menentukan~God's will
hehe
so..while i was browsing through the net...
*i decided to read about belanjawan 2012..since everyone kept on telling me "Untung jadi cikgu..gaji tinggi" but i have no idea about sistem tangga gaji yang baru...i know that there's a change in our salary...but that's it... :D*
and i found one article...
Kenaikan gaji asas guru baru itu lebih tinggi dari gaji asas seorang doktor gred 41 (gi check sendiri front page Berita harian Selasa 17-5-2011). Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa. Patut la ramai doktor Malaysia lari ke Singapore dan luar negara. Aku ulang sekali lagi, gaji guru lagi tinggi melebihi gaji doktor! Gaji guru baru ni bukan lebih tinggi dari gaji doktor je, tapi lebih lebih tinggi dari gaji asas jurutera dan profesional di jabatan kerajaan. Ni aku cakap pasal cikgu yang lepasan diploma gred 32 ni. Gaji depa mengalahkan gaji profesional.
statement beliau amat menyakitkan mata~~~~~
1. Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa.
apa..cikgu tak kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan juga ke?
before this, gaji cikgu di Malaysia yang kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa.
for your information:
In Singapore, the degree holders teachers receive payment higher than teachers in Malaysia
| Qualifications | Gross Starting Salary | |
|---|---|---|
| Pass Degree | $2,770 | |
| Pass with Merit | $2,900 | |
| Honours | $3,100 to $3,250 | |
SGD 2,770 = RM 6,765.65
that's for degree holders~
| Qualifications | Gross Starting Salary |
|---|---|
| Polytechnic Diploma1 (Technical) | $1,920 |
| Polytechnic Diploma1 (Non-Technical) | $1,800 |
| ‘A’-Level | $1,480 |
SGD 1,480 - RM 3,617.85
In New Zealand, the average salary for both primary and secondary teachers in New Zealand is approximately NZD 40,000 to NZD 50,000. The starting salary is around NZD 34,000.
NZD 34,000 = RM 83,328.09
In Japan, public school teachers are paid by the Prefectural Government. In 2005, the average salary for an elementary teacher is equivalent to $45,515 USD. Japanese teachers are the 5th best paid behind Luxembourg, Switzerland, Germany and Korea.
USD 45,515 = RM 143,354.39
but in MALAYSIA~
FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Pada pendapat saya, langkah yang diambil dalam pembentangan Belanjawan 2012 boleh dianggap sebagai satu anjakan paradigma yang positif.
Selama ini, profesion keguruan dipandang remeh oleh golongan masyarakat kita. Sejak berkurun lamanya, masyarakat kita hanya memandang bidang kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya sebagai bidang profesional yang layak menerima gaji yang tinggi. Namun begitu, penjawat awam kakitangan kerajaan dalam bidang keguruan menerima gaji yang agak rendah berbanding negara-negara lain, sedangkan ianya juga salah satu cabang bidang pekerjaan profesional.
Tambahan pula, untuk menjadi seorang guru, tempoh pembelajaran seorang mahasiswa graduan ijazah sarjana muda pendidikan mengambil masa 5 tahun setengah hingga ke 6 tahun, hampir sama seperti tempoh bagi seorang pelajar jurusan perubatan mahupun kejuruteraan.
Dari aspek pekerjaan pula, merujuk kepada artikel "Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa" pula, bagi saya, setiap pekerjaan memerlukan pengorbanan masa dengan kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa. Seorang guru juga perlu mengorbankan masanya dengan kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa demi mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berilmu. Bagi golongan masyarakat yang tidak terlibat dalam kerjaya keguruan (tidak mempunyai ibu bapa yang berkerja sebagai guru atau saudara mara yang terlibat dalam bidang pendidikan) mungkin tidak akan dapat mengerti beban kerja yang ditanggung oleh guru-guru dalam kehidupan seharian mereka. Kadangkala guru terpaksa bekerja lebih masa walaupun pada hujung minggu, terlibat dengan kelas-kelas tambahan bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, aktiviti ko-kurikulum dalam dan luar sekolah, mengiringi pelajar bagi setiap pertandingan tidak kira di dalam negeri atau di luar negeri, menanda kertas-kertas peperiksaan dan ujian dan sebagainya. Apa yang masyarakat kita tidak nampak adalah pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru sebenarnya merisikokan keharmonian rumah tangga mereka juga sekiranya mereka mempunyai ahli keluarga yang tidak memahami. Mereka juga perlu menyeimbangkan masa mereka bagi memastikan keperluan keluarga terjaga. Menjadi seorang guru juga bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana seperti pekerjaan yang lain, guru juga perlu bijak dalam membezakan hal-hal peribadi dan hal-hal professional agar tidak mencampur adukkan masalah yang dihadapi secara peribadi dengan masalah di tempat kerja.
Bukanlah kami, sebagai bakal guru atau guru ingin meminta balasan dan bekerja hanya sekadar mengejar gaji, tetapi apa yang kami mahukan agar masyarakat mula mengubah cara pemikiran yang selama ini menganggap profession keguruan sebagai satu langkah akhir dalam memilih kerjaya. Negara-negara lain meletakkan bidang keguruan di antara kerjaya yang professional dan mengiktiraf guru-guru mereka dan memberikan gaji yang setimpal dengan kemahiran mereka dalam bidang pendidikan. Dan telah tiba masanya untuk negara kita untuk melakukan perkara yang sama.
Jadi, janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata seperti "Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa" kerana semua pekerjaan adalah sama saja. Semuanya memerlukan pengorbanan. Hatta menjadi seorang tukang cuci hotel juga memerlukan pengorbanan~
2. Gaji guru baru ni bukan lebih tinggi dari gaji doktor je, tapi lebih lebih tinggi dari gaji asas jurutera dan profesional di jabatan kerajaan
Secara tidak langsung kenyataan kedua ini telah dibahaskan dalam kenyataan diatas. Jadi tidak perlulah saya mengulas kenyataan ini lagi.
Secara tuntasnya, guru layak menerima kenaikkan gaji kerana yang menjadikan seseorang itu doktor atau jurutera tidak lain tidak bukan adalah guru. Secara logiknya, layaklah guru menerima gaji yang lebih tinggi dari gaji doktor, gaji asa jurutera dan professional di jabatan kerajaan. :D
*cubaan untuk mengarang dalam bahasa melayu :D*
Reference:
wow...i really made an extra effort on this post~
all thanks to the statement :
Kenaikan gaji asas guru baru itu lebih tinggi dari gaji asas seorang doktor gred 41 (gi check sendiri front page Berita harian Selasa 17-5-2011). Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa. Patut la ramai doktor Malaysia lari ke Singapore dan luar negara. Aku ulang sekali lagi, gaji guru lagi tinggi melebihi gaji doktor! Gaji guru baru ni bukan lebih tinggi dari gaji doktor je, tapi lebih lebih tinggi dari gaji asas jurutera dan profesional di jabatan kerajaan. Ni aku cakap pasal cikgu yang lepasan diploma gred 32 ni. Gaji depa mengalahkan gaji profesional.
at least i know a little bit about sistem tangga gaji guru Malaysia and other countries..I always know the fact that Malaysian teacher receive underpaid payment compared to other countries but now i know how big the differences are..but again..i can't compare because our country is a developing country and yet to be at par with those countries~dapat kenaikan macam ni pon dah cukup Alhamdulillah...banyak lagi golongan masyarakat yang memerlukan bantuan~
p/s: dah nak berkarat tau tak belajar nak jadi cikgu~if you know nothing better you keep your mouth shut
No comments:
Post a Comment